2.20 pagi waktu KL : Apakah yang kita biasa lakukan pada waktu sebegini ? Majoritinya sudah lena dibuai mimpi. Mungkin ada sesetengah daripada kita yang masih berjaga. Tetapi, hanya sekadar berjaga. Mungkin melayari internet, twitter, facebook dll. Namun, ada satu daripada seribu (mungkin lebih seribu) daripada kita yang sedang menunaikan solat malam. Apakah itu solat malam? Perlukah kita bersolat pada waktu sebegini?
Inilah solat Tahajjud .
Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Inilah cara yang paling berkesan untuk berhubung dengan Allah iaitu dengan bangun mengerjakan ibadah, khususnya sembahyang tahajjud atau sembahyang di tengah malam. Tetapi, satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan.
Jawapannya ialah kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang mahluk yang mengaku bertuhankan Allah SWT. "Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi". Juga bukan satu perkara mudah untuk berwudhu’ dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan juga bukan perkara mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan menahan nikmat tidur yang masih belum dipenuhi.
Dengan kata lain, amalan bangun bertahajjud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari, ditambah pula sekiranya seseorang itu masih belajar seperti seorang mahasiswa IPG, maka sudah tentu banyak tenaga telah digunakan pada waktu pagi dan petang dek kerana riadahnya dan mentelaah ilmu pelajaran.
Justeru, keadaan tubuh yang letih dan lesu sememangnya memerlukan rehat yang mencukupi dan hal ini menyebabkan ramai yang mengalami kesukaran untuk bangun seketika daripada tidurnya lantaran kerana lenanya diulit mimpi yang indah serta fikiran yang bebas daripada belenggu masalah kerana nikmatnya tidur kurniaan Allah SWT. Mata akan bertambah mengantuk dan tubuhnya akan menjadi bertambah penat apabila seseorang tidur lewat malam kerana asyik menonton tayangan gambar khususnya bagi pihak muslimin yang gemarkan menonton sukan bola sepak pada larut malam di kaca komputer riba atau televisyen serta melakukan kerja tambahan-tambahan yang lain.
Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa ‘keberatan’ untuk berhubung dengan Allah SWT di tengah malam. Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui oleh hamba-hamba-Nya. Sekalipun sembahyang tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi niainya.
Firman Allah SWT.:
“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
(Surah Isra’; ayat 79)
Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
Jadi, apakah tujuan utama bagi kita sebagai umat Islam untuk bersolat Tahajjud ? Pertama sekali sudah tentu sebagai tanda penghambaan kita terhadap Keesaan Allah SWT. Ia juga dapat mendekatkan diri kita kepada Allah dan menjadi tanda kesyukuran atas segala kenikmatan yang kita kecapi. Kesan kepada diri kita, dapat menguatkan jiwa dan ketaqwaan kepada-Nya serta untuk mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup.

Ayat itu menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang tahajjud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan manusia dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya.
Namun bagi mereka yang biasa, ia akan menjadi satu kenikmatan pula. Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang tahajud. Pada waktu sepertiga malam inilah, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
“Allah SWT sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminta dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya “
(Hadis riwayat Abu Daud)
Walaupun ada manusia yang sedar akan ketinggian kedudukan sembahyang tahajjud, namun tidak ramai manusia yang mengakui beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan solat ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada sembahyang ini. Sesungguhnya manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang tahajjud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan ini.
Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara mahluk dan pencipta-Nya. Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa.

Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat ketika orang lain sedang tidur nyenyak. Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya.
Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu kurangkanlah tidur dan perbanyakkanlah bersembahyang dan beribadah bagi menambahkan saham atau bekalan di akhirat pada waktu malam hari. Insya-Allah pesanan buat rakan serta diri ini khususnya selaku hamba yang sering tidak terlepas daripada elakukan dosa terhadap Allah dan sesama makhluk.
Beriminat untuk solat Tahjjud?
Alhamdulillah..
Ana sudah sertakan link tentang cara-caranya,
http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahajjud/
Atau antum boleh mulakan dengan cara yang simple dahulu.
Insya-Allah.. ;)