Suatu hari berlakunya satu pertempuran hebat di antara pihak Islam dan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang sehebat mungkin antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika, kedua-dua belah pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad S.A.W. berkumpul dan para sahabat telah berkumpul bagi membincangkan tentang pertempuran sengit yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih lagi terbayang-bayang di ruang mata.
Dalam perbincangan tersebut, mereka begitu kagum dengan semangat luar biasa yang telah ditonjolkan oleh seorang sahabat Nabi S.A.W. yang bernama Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa ganas yang kelaparan sedang membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.
“Tidak ada seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan bertempur seperti Qotzman,” kata salah seorang sahabat.
Mendengar perkataan tersebut, Rasulullah S.A.W. pun lantas menjawab, “Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka”.
Para sahabat terkesima dan menjadi hairan mendengar kata-kata Rasulullah S.A.W. Bagaimana seorang pejuang hebat yang berjuang bermati-matian menegakkan agama Islam seperti Qotzman itu boleh menjadi ahli neraka? Para sahabat saling berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah S.A.W.
Baginda sedar bahawa para sahabat tidak berapa jelas dengan ceritanya. Lantas Rasulullah S.A.W. pun berkata, “Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka yang parah disebabkan oleh tikaman pihak musuh. Badannya berlumuran darah. Dengan segera Qotzman menegakkan pedangnya ke atas tanah, dan mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dadanya”.
“Dia melakukan hal demikian kerana, dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat daripada luka yang dialaminya. Akhirnya, dia mati bukan kerana berlawan dengan pihak musuh, tetapi mati membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaanya yang parah, ramai orang menyangka bahawa dia mati syahid dan akan masuk Syurga tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka.”
Menurut Rasulullah S.A.W. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan bahawa, “Demi Allah, aku berperang bukan kerana Islam, tetapi hanya sekadar mempertahankan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela nasib kaumku. Jika tidak, nescaya aku tidak akan berperang.
Riwayat oleh Luqman Hakim .