Assalamu'alaikum ya akhi wa ukhti ^_^
Kisah seterusnya ana akan sambung tentang Nabi Khidir selepas part 1 :
Al-Khiḍr secara harfiah berarti 'Seseorang yang Hijau' melambangkan kesegaran jiwa,
warna hijau melambangkan kesegaran akan pengetahuan “berlarut langsung dari sumber kehidupan.”
Dalam situs Encyclopædia Britannica, dikatakan bahwa Khidr telah diberikan sebuah nama,
yang paling terkenal adalah Balyā bin Malkān.

Part 2 ini adalah jawapan yang diberikan oleh www.malaysianur.com tentang soalan hamba Allah ini ;
Adakah nabi kita al-Khidir (a.s.) masih hidup? Sekiranya baginda masih hidup, kenapa ada di antara para ulama terkemuka yang menyangkal pendapat ini?
Jawapan yang diberikan ;
Sesungguhnya baginda masih hidup.
Akan tetapi, oleh sebab hidup ini ada lima tingkat dan baginda pula berada pada tingkat yang kedua, maka beberapa orang ulama meragui kenyataan ini.
Tingkat hidup yang pertama ;
ialah tingkat hidup kita, iaitu hidup yang terikat dengan banyak belenggu dan hambatan.
Tingkat hidup yang kedua ;
ialah tingkat hidup nabi kita al-Khidir dan Ilyas (a.s). Tingkat ini bebas sedikit daripada hambatan itu. Ini bermakna, baginda berdua berupaya untuk muncul atau berada di banyak tempat pada satu masa yang sama. Mereka berdua makan dan minum apabila mereka mahu. Baginda berdua tidak selalu terikat dan tidak selalu memerlukan keperluan hidup yang diperlukan oleh manusia seperti kita. Ahli kashyaf dan ahli al-shuhud yang terdiri daripada golongan ulama meriwayatkan secara tawatur mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tingkat ini. Riwayat-riwayat ini mengisbatkan akan kewujudan tingkat ini dan kemurniannya, sehingga ada dalam maqamat al-wilayah (maqam kewalian) satu maqam yang dipanggil maqam al-Khidir. Orang wali yang sampai ke maqam ini akan berada bersama-sama dengan nabi al-Khidir dan menyertai majlis baginda untuk mencari ilmu. Akan tetapi, ada juga yang tersilap mengandaikan bahawa tuan punya maqam ini ialah nabi al-Khidir itu sendiri.
Tingkat hidup yang ketiga ;
ialah tingkat hidup nabi Idris dan nabi Isa (a.s). Tingkat ini mendapat kehalusan nurani dengan cara melepaskan segala keperluan hidup manusiawi dan menyelinap masuk ke dalam hidup yang hampir sama dengan hidup para malaikat. Baginda berdua berada di langit dengan jasad duniawinya, iaitu jasad ideal yang lembut halus, tetapi memancarkan cahaya nurani seperti jasad bintang. Dan hadis Nabi (s.a.w) sendiri ada menyatakan bahawa nabi Isa (a.s) akan turun pada akhir zaman dan akan memerintah dan menghukum manusia dengan syariat Muhammad, iaitu syariat Islam. Dan hikmat kedatangan baginda adalah seperti yang berikut:
Sesungguhnya apabila berhadapan dengan apa yang diutarakan oleh falsafah tabii, iaitu arus heterodoks (tidak mengaku adanya Tuhan), yang menafikan ketuhanan pada akhir zaman, ahli tarikat Isa adalah suci bersih dan terhindar daripada khurafat. Ketika ia berpaling semula ke arah Islam, individu Isa yang maknawi akan mencabut pedang wahyu samawi, lalu membunuh individu mulhid yang maknawi, sama seperti nabi Isa (a.s) yang memainkan peranan sebagai individu maknawi bagi ahli tarikat Isa membunuh dajal yang mewakili fahaman ilhad (heterodoks) di dunia ini. Maksudnya, baginda membunuh idea mengingkari ketuhanan.

Tingkat kehidupan yang keempat ;
ialah tingkat kehidupan para syuhada ( yang mati syahid). Ia tetap dan sabit dengan nas al-Quran. Mereka mempunyai tahap kehidupan yang lebih tinggi dan lebih mulia daripada tahap kehidupan orang mati yang berada di dalam kubur. Benar, para syuhada’ yang mengorbankan hidup dunia mereka pada jalan Allah, dengan kesempurnaan sifat karam dan sifat pemurah-Nya, mendapat nikmat yang besar. Hidup mereka di alam barzakh serupa dengan hidup di dunia, cuma mereka tidak merasa sakit, derita, letih, sedih dan runsing. Sebenarnya, mereka tidak tahu bahawa mereka sudah mati, cuma yang mereka tahu ialah mereka telah berpindah ke alam lain yang lebih baik. Oleh itu, mereka dapat merasakan nikmat dan kebahagian yang besar dan sempurna. Ini kerana mereka tidak merasa sedih dan dukacita kerana berpisah dengan orang yang dikasihi seperti yang terjadi dalam kematian biasa. Dalam kematian biasa, orang mati mengetahui bahawa mereka sudah mati, walaupun roh mereka kekal. Oleh itu, kelazatan dan kebahagiaan yang dikecapi oleh mereka di alam barzakh berbeza daripada kelazatan yang dikecapi oleh para syuhada’. Dan ini seumpama misal yang berikut:
Dua orang telah bermimpi memasuki sebuah istana yang indah seperti syurga. Seorang daripada mereka menyedari bahawa apa yang dilihatnya hanyalah sebuah mimpi. Jadi, kelazatan yang dikecapinya tidak sempurna kerana dia akan berbisik pada dirinya sendiri; mengatakan bahawa kelazatan ini akan hilang sebaik sahaja aku terjaga daripada tidurku, manakala yang seorang lagi tidak menyedari bahawa apa yang dialaminya itu hanyalah mimpi. Jadi, dia dapat menikmati kelazatan dan kebahagiaan yang hakiki. Begitulah berbezanya apa yang diperoleh oleh para syuhada’ dalam kehidupan mereka di alam barzakh berbanding apa yang diperoleh oleh orang yang meninggal dunia secara biasa.
Kehidupan yang diperoleh dan dilalui oleh para syuhada’ ini dan kepercayaan mereka bahawa mereka masih hidup adalah thabit melalui peristiwa dan riwayat yang tidak terkira banyaknya hinggakan saidina Hamzah; ketua para syuhada’ yang sudah mati syahid itupun pernah didatangi dan dikunjungi oleh orang yang ingin melawatnya, orang yang ingin meminta bantuan dan keperluan hidup di dunia, bahkan mereka membawa orang lain pula untuk meminta bantuan saidina Hamzah. Peristiwa yang seumpama ini adalah banyak. Ia menerangi tingkat kehidupan ini dan menthabitkannya, sehingga aku sendiripun pernah mengalami satu peristiwa.
Anak saudaraku (anak adik perempuanku), iaitu Ubaidillah adalah anak muridku. Dia telah mati syahid berdekatan denganku (sepatutnya aku yang mati, tetapi dia telah menggantikanku) dalam Peperangan Dunia Pertama. Aku telah mendapat sebuah mimpi benar dalam tidurku. Dalam mimpi itu, aku telah masuk ke kuburnya yang menyerupai sebuah rumah di bawah tanah, sedangkan pada waktu itu aku berada dalam tahanan yang jaraknya dengan tempat persemadiannya adalah tiga bulan perjalanan dan aku sendiripun sebenarnya tidak mengetahui tempat dia disemadikan. Aku melihatnya berada dalam tingkat kehidupan para syuhada’. Dia pula menganggapku telah mati dan mengatakan bahawa dia banyak menangisi dan meratapi kematianku. Dia percaya bahawa dia masih hidup dan rumah itu pula dibina di bawah tanah untuk mengelakkan dirinya daripada diserang dan dicerobohi oleh Rusia. Mimpi yang sebahagian ini -dengan beberapa syarat dan tanda- memberikan aku satu keyakinan yang tidak berbelah bagi akan -sampai ke tahap menyaksikan sendiri- hakikat tersebut.
Tingkat hidup yang kelima ;
ialah tingkat kehidupan rohani ahli kubur. Ya! Kematian ialah menggantikan tempat dan membebaskan roh serta merehatkannya daripada melakukan tugas. Ia bukanlah satu pembasmian, bukan juga satu kehancuran dan kemusnahan. Kemunculan roh para wali dan munculnya mereka di hadapan orang yang kasyaf, dengan peristiwa yang tidak terkira banyaknya, dan hubungan ahli kubur dengan kita semua, dalam tidur dan jaga, dan perkhabaran yang mereka bawa bertepatan dengan kenyataan dan alam nyata… dan banyak lagi dalil yang seumpama dengannya menerangi tingkat ini dan mengithbatkannya. Al-Kalimah 29 yang dikhususkan dengan isu yang berkaitan dengan kekalnya roh telah mengithbatkan dengan dalil yang qat`i dan menyakinkan akan kewujudan tingkat hidup yang kelima ini.
Al-Maktubat, Risalah An-Nur
Wallahu'alam :)