Hadith di atas adalah berkenaan hati yang menjadi bahagian paling penting dalam diri manusia. Hati itu diibaratkan seperti raja atau penguasa dalam diri. Hatilah yang menentukan arahtuju hidup, adapun anggota-anggota yang lain hanya mengikut sahaja.
Dari hadis ini dapat kita fahami bahawa perjalanan diri kita sebagai khalifah di bumi bergantung kepada hati. Jika hati bersih, elok dan soleh, maka segala tindakan dan perlakuan yang lahir dari anggota-anggota jasadnya akan turut bersih, elok dan soleh. Tangan akan hanya mengambil yang bersih dan elok, mata akan melihat kepada yang elok-elok, telinga juga akan mendengar hanya bunyi yang elok, kaki akan pergi ke tempat-tempat yang elok dan begitu lah seterusnya. Namun jika hati kotor, jahat dan fasiq, maka anggota-angota badan juga akan turut menjadi sepertinya.
Kerana itu, amat penting bagi kita untuk mempelajari tentang hati, memberi perhatian kepadanya dan memantau keadaan hati kita dari semasa ke semasa. Perubahan dalam hidup kita bermula dari hati. Hati yang perlu diislahkan terlebih dahulu sebelum kita mengislahkan jasad kerana jasad hanya akan mengekori hati kita. Perubahan yang bermula dari zahir tanpa bermula dari batin (yakni hati), perubahan itu tidak akan kekal lama. Namun jika bermula dari hati, Insya Allah ia akan ia akan kekal buat selamanya selagi hati tidak berubah.
Apakah maknanya harta kekayaan, kecantikan wajah, rezeki yang berlimpah ruah apabila hati telah dikunci mati oleh Allah swt. Bagaimanakah cara untuk menjaga hati dan iman agar tidak tertutup?
Inilah balasan Allah swt kerana kekafiran dan kefasikan manusia. Apakah kita harus membiarkan diri kita terbelengu dengan dosa? Apakah kita tidak ingin mengubah diri kita menjadi insan yang Terjemahan surah Al-Baqarah – ayat 7
“ Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat “
Ibnu Qatadah mengatakan
: Syaitan telah menguasai mereka kerana mereka telah mentaatinya. Maka Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran serta penglihatan ditutup, sehingga mereka tidak dapat melihat petunjuk, tidak dapat mendengar, memahami dan berfikir.
Menurut Mujahid seperti yang dijelaskan oleh Ibnu Juraij : Allah mengunci hati mereka bermakna melekatnya dosa di hati kerana maksiat dan kekufuran yang dilakukan. Dosa itu menutupi hati dari melihat kebenaran.
Hati yang dimaksudkan bukanlah hati zahir yang dapat dilihat oleh mata kasar apabila kita membedah dada manusia. Hati yang dimaksudkan ialah hati batin yang kewujudannya dapat dirasai oleh perasaan dalaman kita, iaitu hati yang darinya lahir iman atau kufur, ikhlas atau riyak, redha atau kecewa, tenang atau resah dan sebagainya lagi dari perasaan-perasaan dalaman.

Jagalah hati sebaik yang mungkin. Walaupun baik pada RUPA tetapi BURUK pada hati tiadalah gunanya walaupum sedikit di sisi pandangan Allah Azza Wajalla. Terus ISTIQAMAH, jangan mudah LELAH. Tiada jalan mudah di dunia ini. Semoga Allah redha, Insha Allah.
Sumber:
- Koleksi Al-Qalam
- Pencinta Hadith
Sumber:
- Koleksi Al-Qalam
- Pencinta Hadith