Artikel di bawah diambil daripada laman sosial facebook milik ustaz Kazim Elias - menceritakan pandangan ustaz Kazim Elias sendiri tentang isu Kempen Pegang Anjing. Halal ? Haram ? Boleh atau tidak ? Ikuti komen beliau .
Salam sejahtera. Kempen Saya Mahu Sentuh Anjing. Hurmm, satu kempen untuk mmbuang stigma bagi Orang Muslim, khususnya orang Melayu kononnya. Siap bawa dalil kisah orang masuk Syurga kerana bagi minum kepada anjing. Membela anjing untuk jg kebun, jaga keselamatan rumah, mmengesan barang jenayah - tidaklah dilarang malah harus didalam Islam. Tetapi nak dijadikan sebagai binatang peliharaan seperti kucing ayam dll tidaklah boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan urusan ibadat seharian. Mana boleh saja-saja bela, saja-saja nak pegang. Sebab apa nak pegang? Isu apa?Nak jadikan anjing sebagai apa? Mula2 pegang pastu bela, pastu masuk dalam rumah pastu? Pastu? Binatang mughalazah ini mcm babi jugalah mugahalazahnya, lepas ni buat la kempen pegang babi dengan melawat ke pasar babi lepas tu melarat ke makan babi pulak. Ini semua ada agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama. Tidaklah salah pegang anjing dan itupun ada syarat-syaratnya, bukan boleh main pegang-pegang, main belai-belai ikut suka hati pulak dan apa sebabnya sampai buat kempen? Nape tak buat kempen ke masjid ke? Kempen menerima hudud ke ? Kempen menerima konsep Kalimah Allah yang sebenarnya ke?
Inilah jarum halus yang dicucuk kepada umat Islam agar menjadi fahaman liberal dan plural. Nanti akan ada yang kata kenapa ustaz bising isu anjing, kenapa tak bising isu memegang bukan mahram tak bertudung dll, yang itupun berkali-kali dah saya tegur dan nasihat tapi dalam bab kempen anjing ni, ianya satu gerakan yang cukup halus untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya. Berhati-hatilah dengan kempen sebegini. Lepas kempen arak, mai anjing pulak, lepas ni apa pulak? Jangan lepas ni buat kempen babi pulak, dgn alasan bahawa babi sekarang dah bersih, dah diternak dalam aircond, dah mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabngsa. Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yg tidak cukup halus matahatinya untuk meneliti.